Hiburan

“Dahlah Cantik, Baik Hati Lagi” - Maya Karin Sedekah Burger Kepada Anggota Polis Jaga Roadblock!

Azwa Rahman
12/05/2020
08:14 MYT
Sponsor Banner
“Dahlah Cantik, Baik Hati Lagi” - Maya Karin Sedekah Burger Kepada Anggota Polis Jaga Roadblock!
Aktres jelita Maya Karin bermurah hati memberikan makanan berupa burger kepada barisan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya minggu lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Maya berkongsi beberapa keping foto pemberian tersebut untuk tatapan umum.
“Penghantaran burger kali kedua untuk petugas barisan hadapan minggu lepas ketika sekatan jalan raya. 40 biji burger untuk makan tengah malam,” tulis Maya sebagai kapsyen.
Bukan sahaja kepada frontliners, malah pemberian burger ini turut disalurkan kepada golongan istimewa.
“Minggu ni untuk orang kelainan upaya, warga emas dan anak-anak yatim atas nama tajaan yang dah ingin sedekah,” tulis Maya lagi.
Difahamkan Maya kini membuka sebuah gerai bagi menjual burger bakarnya yang dikenali sebagai Burger Bakar Dara.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang menyokong dan memuji tindakan pelakon filem Ombak Rindu itu.
“Alhamdulillah, dah la cantik, baik hati lagi,” komen seorang wargamaya.
“Artis kelas A yang sangat baik. Semoga Tuhan merahmatimu,” puji seorang wargamaya.
“Terima kasih menjadi seorang insan yang berhati mulia,” ujar seorang wargamaya.
“I suka you, sempoi je. Nampak sangat Maya seorang yang merendah diri,” tulis seorang wargamaya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar