Laman Utama
“Dahulu Ceria Penuh Dengan Gelak Tawa…” – Aliff Syukri Sedih Bangunan Miliknya Kini Kosong!
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa pilu apabila melihat bangunan miliknya yang sudah dikosongkan.
Aliff menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG)nya berkata, tiada lagi gelak tawa dan keceriaan di bangunan tersebut.
Kata Aliff lagi, kegembiraan tersebut kini hanya tinggal kenangan.
“Saya sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa dan happy tetapi benda ini hanya tinggal kenangan,” katanya.
Selain itu Aliff turut berharap agar empayar perniagaan yang dibina dapat bertahan dan berjaya mengharungi detik sukar di kala pandemik Covid-19 sedang ‘mengganas’.
“Bila rasanya nak berakhir Covid-19 ni? Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkan lah semangat aku untuk teruskan perniagaan ini.
“Bila saya melihat banyak syarikat-syarikat gergasi International yang lingkup dan tutup gara-gara Covid-19, saya berharap Semoga company saya dipelihara dan masih kuat bertahan,” luahnya.
Pada masa sama, Aliff juga berdoa agar dimurahkan rezekinya supaya dapat dikongsi dengan mereka yang memerlukan.
“Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu bangsa rakyat, agama dan juga memberi bantuan kepada yang memerlukan. Amin Amin Ya Rabalamin,” katanya.