Hiburan

Dahulu Mengantuk, Sekarang Lapar... Laparnya Mumia Tarik Perhatian Netizen!

Kamaruddin Razal
23/05/2020
21:09 MYT
Sponsor Banner
Dahulu Mengantuk, Sekarang Lapar... Laparnya Mumia Tarik Perhatian Netizen!
Sebelum ini, Didi & Friends telah viral dengan lagu Mengantuknya Mumia di laman media sosial dan telah mendapat 64 juta tontonan di YouTube.
Kali ini pihak produksi Digital Durian & Astro telah mengeluarkan lagu terbaharu mereka bertajuk Laparnya Mumia yang kini telah mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube dan 52,000 ‘shares’ di Facebook dalam masa tiga hari.
Lagu Laparnya Mumia kini tentang Mumia kelaparan dan mengajar supaya kita jangan membazir. Lagu ini menarik perhatian ramai orang kerana liriknya bersesuaian dengan bulan Ramadan dan semuanya tengah kelaparan.
Ada lemang, rendang, cendol, roti john! Memang sinonim dengan makanan berbuka puasa dan juadah Hari Raya.
Menurut Penerbit Didi & Friends, Che Yusaidi Bin Che Yusoff, pada awalnya idea lagu ini dikeluarkan sempena kempen Ramadan Didi & Friends tahun 2020 kerana Didi & Friends belum pernah ada kempen Ramadan sebelum ini.
“Sama seperti lagu Mengantuknya Mumia yang menjadi viral akhir tahun lalu, rasa lapar sangat berkait terutama ketika Ramadan.
“Lagu ni juga untuk mendidik semua orang mengenai perkhidmatan penghantaran makanan, terutama sekarang semasa norma baru,” katanya.
Jom saksikan Laparnya Mumia yang sudah pun meraih 2.3 juta tontonan di laman YouTube:
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024