Hiburan
Dakwa Anak Dibuli Hingga Londeh Seluar, Rita Rudaini Bakal Ambil Tindakan
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal ekoran apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin didakwa dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah.
Menurut Rita, Airit tidak tahu melawan dan perbuatan buli itu semakin melampau sehingga ada yang cuba melondehkan seluar anaknya itu di sekolah.
Rita juga mengatakan dia tidak teragak-agak untuk mengamnbil tindakan dari segi undang-undang.
Perkara itu diluah menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Dia ni asyik kena buli sebab dio tak melawan, orang kata apa pun dekat dia, dia tak balas, mommy pun tak ajar anak-anak mommy kata kat anak orang atau buat anak orang.
"Tapi tunggu mommy akan ambil tindakan kalau mak bapak tak reti nak ajar anak sendiri, mommy ni nampak je lembut tapi jangan buat hal ya, benda sikit-sikit mommy boleh tutup mata, tapi bila sampai bab kena londeh seluar ni memang kurang ajar sangat dah ni.
"Tunggu Rita Rudaini buat sesuatu, sistur tak peduli level apa pun, jangan main-main dengan sistur," tulis Rita sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Rita turut berasa marah dengan kejadian itu, ada juga yang menyarankannya membawa perkara itu ke pihak kementerian.
Difahamkan, Rita telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa di sekolah anaknya, namun dia masih belum menerima sebarang respon dari ibu bapa pelajar yang membuli itu.