Laman Utama
Dakwa Cium Bibir Adik Angkat Perkara Normal Tunjuk Rasa Sayang, Lelaki Deactivated Akaun TikTok Selepas Dikecam Wargamaya!
Seorang lelaki dipercayai pengasas perniagaan bertindak menyahaktif akaun TikTok selepas aksi jijiknya mempamerkan kemesraan luar batasan terhadap seorang remaja lelaki menjadi tular.
Individu tersebut menerusi beberapa perkongsian di TikTok menjelaskan remaja lelaki tersebut merupakan anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.
Bagaimanapun aksi mencium mulut dianggap tidak wajar oleh wargamaya dan menganggap perbuatan tersebut sebagai keterlaluan.
Wargamaya mendakwa, lelaki yang menggunakan nama samaran @papa_idola_semalaya dalam aplikasi TikTok turut berkongsi video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki lain.
Tindakan yang dianggap keterlaluan dan di luar normalisasi itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Akhi menerusi bebenang di Twitter meluahkan rasa terkejut apabila melihat kanak-kanak dan remaja dicium pada bahagian bibir oleh seorang dewasa.
Menurut Akhi, perlakuan tersebut boleh dianggap sebagai gangguan seksual.
“Ya Tuhan, ni apa benda ni? Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
“Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
“Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni,” ciap Akhi.
Bebenang tersebut mendapat perhatian warga Twitter yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan bercadang untuk membuat laporan polis terhadap @papa_idola_semalaya.
Bagaimanapun, akaun @papa_idola_semalaya sudah dinyahaktif oleh pemiliknya selepas video mencium mulut adik angkat (seorang remaja autism) menjadi tular.Terima kasih Tik Tok yang banned terus acc berkenaan.Kita nantikan pula tindakan dari pihak yang berwajib. pic.twitter.com/6HkU8OvaQb— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Terdahulu sebelum akaun TikTok dinyahaktif, @papa_idola_semalaya menjelaskan bercium adalah cara dia dan keluarga meluahkan rasa kasih sayang.
bila orang tegur kata kena kecam. tengok adik tu pun angguk2 je ??? pic.twitter.com/xrPAqu3f7p— piah (@piargh) February 15, 2021
Must-Watch Video