Laman Utama
Dakwa Cium Bibir Adik Angkat Perkara Normal Tunjuk Rasa Sayang, Lelaki Deactivated Akaun TikTok Selepas Dikecam Wargamaya!
Seorang lelaki dipercayai pengasas perniagaan bertindak menyahaktif akaun TikTok selepas aksi jijiknya mempamerkan kemesraan luar batasan terhadap seorang remaja lelaki menjadi tular.
Individu tersebut menerusi beberapa perkongsian di TikTok menjelaskan remaja lelaki tersebut merupakan anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.
Bagaimanapun aksi mencium mulut dianggap tidak wajar oleh wargamaya dan menganggap perbuatan tersebut sebagai keterlaluan.
Wargamaya mendakwa, lelaki yang menggunakan nama samaran @papa_idola_semalaya dalam aplikasi TikTok turut berkongsi video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki lain.
Tindakan yang dianggap keterlaluan dan di luar normalisasi itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Akhi menerusi bebenang di Twitter meluahkan rasa terkejut apabila melihat kanak-kanak dan remaja dicium pada bahagian bibir oleh seorang dewasa.
Menurut Akhi, perlakuan tersebut boleh dianggap sebagai gangguan seksual.
“Ya Tuhan, ni apa benda ni? Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
“Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
“Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni,” ciap Akhi.
Bebenang tersebut mendapat perhatian warga Twitter yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan bercadang untuk membuat laporan polis terhadap @papa_idola_semalaya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu sebelum akaun TikTok dinyahaktif, @papa_idola_semalaya menjelaskan bercium adalah cara dia dan keluarga meluahkan rasa kasih sayang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.