Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dakwa Diri Dirasuk Syaitan, Bapa Sempat Solat Subuh Sebelum Bunuh Anak Guna Golok

Maliah Surip 03/11/2022 | 16:50 MYT

Seorang bapa yang berasal dari Depok, Jawa Barat, Indonesia ditahan selepas membunuh anak perempuan dan mencederakan isterinya dengan golok.

Kejadian sadis tersebut berlaku pada 1 November lalu sebelum anak gadisnya yang baru berusia belasan tahun sedang mahu ke sekolah.
Tertuduh, Rizky Noviyandi Achmad, malah diketahui baru pulang dari mengerjakan solat Subuh di masjid.
Menurut fakta kes, lelaki berusia 31 tahun itu membunuh anak dan mencederakan isterinya selepas menyangka mereka akan ‘keluar dari rumah’ kerana sebelum menunaikan solat Subuh di masjid, dia dan isterinya bertengkar.
Dia mengaku sakit hati dengan isterinya yang sering meminta cerai. Jadi selepas pulang solat Subuh, dia melihat anak dan isterinya sudah berpakaian rapi.
Lalu tertuduh mengambil golok dan cuba membunuh isterinya, namun yang terbunuh adalah anak mereka.
“Ada kecederaan pada bahagia kepala, leher, mata dan beberapa jari tangan (anak) putus. Dia mengalami pendarahan yang sangat banyak terutama pada bahagian kepala dan meninggal dunia,” ujar pihak berkuasa tempatan.
Sementara isterinya pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang tak kurang serius.
Dalam keterangan yang diberikan pihak berkuasa, tertuduh pernah ditangkap kerana kes dadah. Malam sebelum kejadian, dia mengaku mengambil sabu sewaktu berkumpul dengan kawan kawannya.
Tertuduh juga memberi alasan membunuh anaknya kerana sering tidak menjawab pertanyaan yang diajukan, sementara isteri selalu merendahkan maruah dirinya sebagai seorang suami.
“Saat itu mungkin syaitan yang merasuki diri saya, sebelumnya (ambil syabu),” akui tertuduh lagi.
Sumber: Detik.com

#Viral #Indonesia #Syaitan #Golok
;