Gaya Hidup
Dakwa Janda Baik Tempat Keras, Pemuda Kongsi Pengalaman Bawa Pulang Bunian
Janda Baik merupakan salah satu destinasi percutian popular di negeri Pahang. Tidak jauh dari Kuala Lumpur, kawasan sejuk ini sering menjadi tumpuan anak-anak muda dan keluarga bersantai.
Namun bagi seorang pemuda ini, Janda Baik memberikan pengalaman buruk buatnya dan rakan-rakan.
Menerusi laman sosial Twitter, pemuda dengan nama akaun @4nepp berkongsi kisah bagaimana mereka sekumpulan pergi bercuti dan terbawa pulang orang bunian bernama Melor.
“Kami bergerak dari rumah sewa menaiki lima biji kereta. Masa perjalanan pergi Janda Baik tu semua gembira la sebab bukan selalu dapat jalan jauh sesama ni. Sampai kat Janda Baik dalam pukul 1, semua terus pergi kat sungai dan check in chalet masing-masing.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Lepas check in kami sambung mandi sungai dalam sejam pastu masuk chalet tidur sampai petang. Benda ni jadi kat member aku nama Amin, malam tu dia lepak kejap balkoni amik angin malam.
“Tengah sedap dia layan perasaan tetiba dengar ada orang masuk dalam sungai. Jadi Amin ni dengan bebalnya pergi la tegur “oi geng, nak mandi sungai jugak ke malam camni, tak sejuk ke tu?” tapi senyap je, takde siapa yang sahut pun.
“Esok pagi kitorang pun bersiap nak naik Genting. Amin ni ada perasan sorang budak nak ikut kitorang balik tapi dia buat bodo je, bodoh jugak orang nama Amin ni kan. Dah sampai Genting, lepak dalam sejam baru la kitorang gerak balik,” tulis pemuda tersebut.
Memulakan perjalanan pulang, mereka diselubungi perkara misteri.
“Dalam kereta ada 6 orang termasuk aku, kitorang lalu highway lama. Tiba-tiba si polan tetiba muntah dalam kereta, bau dia jangan cakap rasa nak muntah jugak.
“Kitaorang berhenti kat R&R untuk bersihkan kereta. Amin terkejut nampak ‘budak’ tu duduk macam yoga jilat muntah si polan tu. lepas selesai, tetiba kereta tak boleh start tak tau la kenapa, lepas 10 minit cuba baru boleh.
“Amin tegur ‘budak’ tu kat seat belakang, dia cakap “kau buat ape kat belakang tu, keluar la, aku cakap keluar keluar la” dan yang sedar kat seat belakang ni member aku nama Hamziq. Menurut fakta dari Tuan badan, tangan budak tu menggerutu, kuku panjang, mata merah dan rambut serabai.
“Dalam perjalanan Amin tetiba sakit kepala dan rasa nak muntah. Sampai kat satu jalan kat kampung Jijan tetiba si polan ni macam kene rasuk.
“Sampai rumah sewa, Amin terus masuk tandas rumah, muntah. Paling seram bila Amin tetiba jerit suruh halau ‘budak’ tu. tapi kitorang tak nampak apa pun.
“Jadi kami telefon ustaz area rumah suruh datang, dalam pukul 12 malam nak pukul 1 jugak la. Sambil tunggu ustaz tu datang kami tolong azan, baca Yasin..
“Kata ustaz, kitorang terpijak kubur dia masa mandi kat sungai tu. Nama bunian tu Melor dan dia dah balik tempat asal dia,” jelas pemuda tersebut menerusi benenang kicauan.
Meninjau ke ruangan balas, ramai wargamaya yang berasa seram dan ada yang turut mengalami peristiwa misteri ketika bercuti ke Janda Baik.
“Betul, pernah bercuti dengan pakcik aku, booking homestay dengan makcik Ijah nama dia. Bila sampai call makcik tu tanya mana homestay sebab sesat. Sampai je, orang sambut tu bagitau makcik tu nenek dia lama dah meninggal dan tak terima tempahan pun,” ulas seorang wargamaya.
“Janda Baik ni tempat orang buang hantu/jin. Contoh kalau pernah dengar Harun Din pernah bawa bunian di UKM yang ganggu reaktor untuk dipindahkan ke Janda Baik. Tapi pasti kenapa situ tapi mungkin sebab kawasan hutan,” komen seorang wargamaya.
“Just nak cakap kalau malam kita ternampak benda yang luar jangkaan jangan la tegur-menegur ye sebab takut benda tu ikut balik,” kata seorang wargamaya.
“Sebagai penduduk Janda Baik, terlalu ramai kami jumpa tetamu yang datang kena sampuk sebab tak jaga etika kat tempat orang. Hehe,” tegur seorang wargamaya lagi.
Sumber: Twitter @4neppp