Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dakwa Wanita Gemuk Berbau Busuk, Lelaki Mulut Lancang Ini Dikecam Netizen

Asyikin Mayudin 04/08/2023 | 03:50 MYT

Status seorang lelaki yang meluahkan rasa kebencian terhadap wanita berbadan besar di laman Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’ mengundang kecaman netizen.

Menerusi paparan skrin status yang dikongsikan di laman Facebook itu, lelaki tersebut tidak suka apabila wanita badan besar mendekatinya kerana berbau busuk.

“Aku tak suka perempuan gemuk sebab busuk, ada hati nak dekat dengan aku, bukan main gedik senyum-senyum dekat aku. Hmmm memang tak la,” katanya.

Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan turut mengatakan fizikal wanita itu boleh menyebabkan kemaluannya patah ketika mereka melakukan hubungan intim selepas berkahwin.

“Aku tak minat langsung, nak muntah. Cuba bayangkan jika kahwin dengan perempuan gemuk boleh patah kemaluan aku bila berjimak and I say no. Jijik,” katanya lagi.

Rata-rata netizen mengecam pemuda berkenaan serta mendoakan agar kata-kata yang dilemparkannya itu akan memakan dirinya semula.

“Selalunyaa yang dia tak nak tu la yang dia dapat… kau tunggu eh.

“Macam-macam orang lelaki ni. Nanti berbalik dekat diri, baru tau. Dia ingat kalau yang kurus tu kon** dia tak boleh patah ke? Mengaku sajalah tak cukup inci.

“Orang kau benci tu la akan jadi pasangan kau dan kau sayangkan dia. Jangan cakap besar tau,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian itu.

#Lelaki #Gempal #Lelaki jijik #Wanita badan besar
;