Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!

Amri Hassan 20/08/2020 | 13:46 MYT
Pelakon Mira Filzah tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung isu yang sedang tular mengenai 'cultural appropriation' seperti yang didakwa oleh pengguna di Twitter.
Jelas Mira, dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.
"Saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan, dalam hati teringin nak memakai pakaian Bollywood dan bila ada peluang sebegini saya terus lakukan dan tidak terfikir untuk menimbulkan sebarang isu," katanya.
Terdahulu, seorang pengguna di Twitter melabelkan Mira sebagai 'cultural appropriation queen' hingga mencetuskan ketegangan.
"Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture," ciap pengguna terbabit.
Dalam masa sama, Mira Filzah berpendapat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, lalu perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah jika rakyat negara ini mencuba pakaian kaum lain.
Bagaimananapun, enggan mengguris hati mana-mana pihak, Mira dengan rendah diri memohon jika ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.
"Saya tiada niat untuk meraih keuntungan peribadi daripada budaya India, saya cuma peminat fanatik Bollywood dan saya mohon maaf sekiranya anda menganggap tindakan saya salah.
"Saya menghormati dan menghargai budaya anda," tambahnya.
Gambarnya memakai pakaian tersebut adalah untuk penggambaran produk kanta lekap yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
#Mira Filzah #Cultural Appropriation #Lehenga
;