Berita

Dakwaan Rogol Satu Pembohongan, Sylvester Stallone Buat Laporan Polis

Rozaimi Zubaidi
23/12/2017
08:02 MYT
Sponsor Banner
Dakwaan Rogol Satu Pembohongan, Sylvester Stallone Buat Laporan Polis
Pelakon Sylvester Stallone dilaporkan telah bertemu peguam jenayah terkenal Hollywood Blair Berk pada Jumaat.
Menurut laporan TMZ, Berk membantu Stallone buat laporan polis terhadap wanita yang mendakwa jadi mangsa rogol bintang filem Rambo itu.
Pertemuan di pejabat Berk turut disertai peguam sivil Stallone, Marty Singer.
Polis Santa Monica sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa dirogol pelakon berusia 71 tahun itu sekitar tahun 1990.
Stallone bagaimanapun mendakwa tuduhan itu satu pembohongan dan bertindak membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan turut membuat laporan polis.
Stallone yang sudah lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia perfileman pernah menerima pencalonan Oscar untuk filem Rocky dan Creed.
Sementara itu juucakap polis Santa Monica Leftenan Saul Rodriguez mengesahkan pihaknya sedang membuat siasatan rapi berhubung dakwaan berkenaan sebelum diserahkan kepada peguam wilayah.
“Mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu pada November 2017. Kejadian dilaporkan berlaku pada awal 1990-an di Santa Monica,” dedah Rodriguez.
Stallone sebelum ini pernah dituduh melakukan gangguan seksual bersama pengawal peribadinya terhadap seorang remaja berusia 16 tahun di las Vegas sekitar tahun 1980-an.
Dakwaan itu turut dinafikan pelakon veteran tersebut.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar