Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dakwa Mampu Pulihkan Penyakit Ekzema, Penjual Kain Lap ‘Kayangan’ Dinasihati Supaya Jangan...

Hanafis Haris 25/11/2020 | 03:04 MYT

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila netizen mempertikaikan tindakan sesetengah penjual kain lap popular yang dikatakan agak melampau dan ‘overclaim’.

Menurut penjual tersebut, selain mempunyai kebolehan untuk membunuh kuman, ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit ekzema.

“Tiga kali guna saja dah hilang. Boleh cuba dan mesej saya,” kata penjual tersebut.

Tidak cukup dengan itu, penjual tersebut turut memuat naik gambar keadaan sebelum dan selepas bayi yang mempunyai masalah ekzema tersebut.

Situasi itu kemudian menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan ramai menganggap ia terlalu mustahil.

Malah, ada diantara yang menganggap ia taktik untuk melariskan produk.

Selain netizen, laman Facebook Public Health Malaysia turut menyuarakan pandangan mereka berhubung isu berkenaan.

“Sebarang produk yang mempunyai fungsi merawat kesihatan badan perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan secara selamat dalam merawat penyakit-penyakit tertentu.

“Tidak kiralah ia dianggap sebagai kain lap kayangan atau kain magik dan mempunyai ‘antibiotik’ dan sebagainya. Ia perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh KKM. Ini adalah penting agar pengguna dilindungi dan selamat dengan sesuatu produk.

“Jika ianya dijual sebagai pengelap bahan tidak bernyawa, fungsinya apabila dipromosi perlu dikekalkan sebegitu.

“Mohon agen-agen tidak overclaim produk ini dengan kesihatan yang boleh mengelirukan orang awam,” kata pengendali akaun tersebut.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah:

#Viral #Viral #Ekzema
;