Laman Utama
“Dalam Hati Kata…”- Siti Nurhaliza Bongkar Gimik 5 Saat Tukar Baju Atas Pentas
Penyanyi terohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan gimik menukar baju atas pentas ketika membuat persembahan ketika Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) malam tadi dilakukan sendiri.
Baju yang direka khas oleh Rizman Ruzaini itu ditukar hanya dalam masa 5 saat ketika lampu di atas pentas dipadamkan.
“Kurang 5 saat saya kena lakukan sendiri perubahan ‘costume’ saya.. haaa .. dalam hati kata okay Siti, Siti boleh lakukan!!
“Saya bekerjasama dengan designer @rizmanruzaini , lighting man, soundman dan orkestra.. Saya nak macam mana , mereka ikut saja..
“Alhamdullillah.. Terima Kasih @astromalaysia . Pasukan koir juga yang bekerja keras #thekelkatu ( betul ye nama tu) , Team saya SNP yang selalu bersedia untuk apa saja arahan dan pertukaran serta @epie_temerloh yang mencantikkan saya malam ni.. Terima kasih
Semua!,” dedahnya.
Siti berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya usai melakukan persembahan itu malam tadi.
Dalam entri berkenaan beliau memuat naik gimik yang dilakukan itu.
Bercerita lanjut mengenai persembahan itu, Siti dalam satu kemas kini terbaharunya memberitahu idea gimik persembahan serta baju itu sudah pun siap beberapa bulan lalu sebelum AME 2021 ditangguhkan.
“Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
“Apabila Anugerah Meletop Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.
“Saya mahu lagu berdurasi hampir 5 minit itu ada impak tersendiri dalam 5 saat dipersembahkan.
“Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam,” tulisnya lagi.
Sekadar info AME 2021 bersiaran secara langsung pada jam 9 malam tadi menerusi saluran Astro Ria serta penonton juga boleh strim di Astro GO.