Hiburan

Dalimawati Bangga Digelar Heroin Paling Berjaya, Tapi Tak Ada Tawaran Lakonan Menyusul... Kenapa Tu?

Kamaruddin Razal
07/09/2018
13:39 MYT
Sponsor Banner
Dalimawati Bangga Digelar Heroin Paling Berjaya, Tapi Tak Ada Tawaran Lakonan Menyusul... Kenapa Tu?
Bintang filem Hantu Kak Limah (HKL), Dalimawati Ismail berbangga apabila ada sesetengah pihak menggelarkannya sebagai heroin paling berjaya kerana membawa pulangan lumayan dalam karya lakonannya.
Sehingga 2 September, HKL berjaya meraih kutipan sebanyak RM35 juta dan menerima lebih 2.7 juta kunjungan penonton di pawagam.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur apabila ada pihak yang menggelarkan saya sebagai heroin paling berjaya. Segala kepayahan ketika menjalani penggambaran HKL menjadi sangat berbaloi.
"Saya dan tenaga produksi hanya meletakkan sasaran untuk mengutip RM8 juta, sama seperti filem pertama tetapi kutipan untuk HKL sangat membeangsangkan.. Alhamdulillah," katanya ketika ditemui di Malam Together-Gether HKL di Berjaya Times Square Hotel baru-baru ini.
Namun begitu, aktres telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya ini meluahkan rasa hairan dan pelik.
Selepas kejayaan HKL, dia tidak mendapat sebarang tawaran untuk berlakon.
"Saya tidak mendapat tawaran mana-mana syarikat produksi dan menanti peluang terbabit.
"HKL mencipta kejayaan luar biasa, tetapi saya pelik kerana tiada tawaran lakonan selepas HKL meledak di pawagam.
"Bidang lakonan sudah menjadi punca saya mencari rezeki dan saya masih aktif berlakon. Saya berharap ada tawaran selepas ini," katanya lagi.
Malam Together-Gether HKL bertujuan meraikan kejayaan filem terbabit yang mendapat respon positif penonton.
Selebriti terkenal Hong Kong, Andy Lau turut hadir ke majlis tersebut bagi meraikan pelakon serta tenaga produksi HKL.
Andy merupakan salah seorang pengasas syarikat gergasi antarabangsa, Infinitus Entertainment Group selaku penaung Infinitus Gold yang pertama kali bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menerbitkan HKL.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar