Hiburan
Danial Kifli Mangsa Gangguan Seksual, Terima Gambar Alat Sulit Lelaki & Perempuan - "Ada Mak Datin Boleh Ajak Tidur & ..."
Belum lagi reda kisah kontroversi pelakon lelaki jadi mangsa amang seksual jurusolek, penyanyi Danial Kifli, juga meluahkan dirinya juga pernah menerima gangguan seksual.
BERITA TRENDING: Kerap Disamakan Dengan Suara Haqiem Rusli, Danial Kifli; "Saya Agak Terkilan"
BERITA TRENDING: "Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso
Menurut Danial atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, dia sering menerima gambar alat sulit, kata-kata berbaur seks dan diajak ke ranjang, menerusi mesej peribadi dalam media sosial miliknya.
"Memang saya terkejut, rasa takut pun ada. Tak sangka langsung ada orang berani dan tak rasa malu kirim gambar alat sulit mereka. Baik lelaki mahu pun perempuan, mereka tak rasa segan.
"Apa yang buat saya cannot brain, terfikir-fikir hingga ke hari ini, bagaimana seorang mak datin boleh ajak saya tidur dan sanggup taja semua kalau saya setuju.
"Semua ini agak pelik dan janggal sangat, tapi ia memang berlaku. Mengucap panjang saya.
"Saya tak layan mesej-mesej mereka dan buang (delete) terus. Saya tak kata saya ni baik sangat, tapi saya masih ingat Allah," katanya.
Danial juga mengingatkan dirinya untuk sentiasa betulkan niat dalam mencari rezeki.
"Dalam apa jua yang saya lakukan, kita kena sentiasa ingat permulaan kita. Kenapa kita nak berjaya dan untuk apa kita nak berjaya.
"Apa yang paling penting , sentiasa ingat kepada Yang Maha Esa. Macam saya sekarang tinggal dengan ibu sahaja .
"Ayah saya sudah meninggal dunia seawal usia saya 13 tahun. Oleh itu , saya sentiasa ingat pesan mereka supaya jaga diri dan jauhi kemungkaran," ujarnya.
BERITA TRENDING: Ahli Parlimen India Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual
BERITA TRENDING: Disyaki Hisap Kemaluan Pelakon, Jurusolek Lelaki Direman Tujuh Hari
Menyentuh tentang kerjaya, selepas muncul dengan lagu Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan Musnah, kini Danial sedang mempromosi lagu baharunya berjudul Jauh.
"Lagu Jauh mengisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan dua insan tersayang secara serentak. Itu membuatkan hidupnya jadi kosong, keliru dan sedih sentiasa.
"Lagu ini amat istimewa bagi saya kerana jalan ceritanya yang penuh tersirat . Selain tu, liriknya pun amat mendalam dan melodinya memang kena dengan jiwa saya.
"Saya harap lagu Jauh dapat diterima oleh pendengar tak kira lapisan masyarakat dan boleh menjadi buah mulut orang dengan kebaikan dan kelebihannya .
"Mungkin juga, kalau dengar berulang kali terutamanya peminat irama balada, pasti dapat rasa sebenarnya lagu ini amat dekat dengan mereka.
"Saya tak harap lebih. Cuma saya berharap agar lagu Jauh dapat menambah impak positif lebih lagi berbanding lagu saya sebelum ini yang berjudul Musnah," ujarnya yang mengimpikan mahu bekerjasama dengan Iera Milpan , Fieya Julia dan Dahlia Farhana .
Dalam masa yang sama, Danial akui namanya kurang dikenali berbanding penyanyi-penyanyi lain seangkatannya.
"Tipulah kalau tidak sedih kerana saya sudah berusaha sehabis baik tetapi hasilnya tak seperti yang saya impikan. Tetapi tidak mengapa , kerana saya percaya rezeki Allah itu ada.
"Lambat atau cepat, rezeki akan datang tepat pada waktunya," katanya mengakhiri perbualan.