Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Dapat Dulang Besar Silver…”- Muhyiddin Jadi Tetamu Majlis Perkahwinan, Shiera Imbas Kenangan Dengan PM Ke-8

Syafiqah Jalal 02/03/2020 | 06:04 MYT
Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Perdana Menteri pernah menjadi tetamu kehormat ketika majlis perkahwinannya pada 28 Februari 2003.
Sempena perlantikan Perdana Menteri (PM) Malaysia kelapan itu pada 29 Februari lalu Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera turut mengimbau foto kenangannya bersama Muhyiddin dan isteri ketika menghadiri majlis perkahwinannya.
“Happy anniversary to me and hubby. Saya dan PM dengan isterinya dulu baik.. datang. Pak mertua mak mertua jemput. Meriah ketawa- ketawa
“Hadiah dapat dulang besar silver dari Tan Sri, puas kilatkan,” katanya.
Shiera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi fotonya ketika di majlis perkahwinan sedang makan beradab bersama suami, Ijoy Azhari serta Muhyiddin dan isteri.
Dalam entri seterusnya, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada perlantikan tersebut.
“Ehh korang ni, artis ikut jelah. Mana ok kami sokong. Tahniah Tan Sri dan Puan Sri.
“Kami orang Melayu, suka aman dan damai... Macam dulu-dulu
“Kami budak 70-an, begitulah 80-an.. 90-an.
“Dah rasa macam-macam... Kami nak tenang,” katanya lagi.
Hasil perkahwinan bersama Ijoy, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Auddra, 9 dan Adeena, 2 tahun.
Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 20, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt

Happy anniversary to me n hubby Yo alls anniversary kam 4 hari 4 malami...me n PM and wife... dulu baik datang ...pak mertua mak mertua jemput Meriahhh ketawa ketawa Hadiah dapat dulang besor silver dari Tan Seri..puas kilatkan Haa sapa nak projek roger...asal jadi PM nak projek tu je tau...huhhhhhhhh Kami ketawa sebab Tuan Badul dan Arwah Yusni Jaafar Emcee..klakor selamba..lantak.... #berbaiksesamakita #positive #tahniahmalaysia #cutitakbesok? #2003

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

#Kahwin #Kahwin #Perdana Menteri #Sharifah Shahirah #Shiera
;