Viral
"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega
Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, menerusi ruangan komen di hantaran Instagram memberitahu dia sibuk menguruskan perniagaan sehingga tidak sedar mengenai perkara tersebut."Dapat dari siapa cerita? Alif takda cakap. Aisyah pun takda post apa-apa," tulisnya.
Terdahulu, menerusi ruangan komen, pengguna media sosial naik pelik melihat kemesraan pasangan itu meskipun tersebar berita mengenai perceraian.
Aisyah mengesahkan telah memfailkan cerai terhadap Alif pada Ogos lalu, namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca perceraian.
Untuk rekod, Alif dan Aisyah berkahwin pada 25 November 2017 dan mempunyai tiga orang anak. Pada November tahun lalu, Alif mengaku telah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga.
BERITA TRENDING: "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah
BERITA TRENDING: Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”
BERITA TRENDING: Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”
Must-Watch Video