Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Dapat Silang Tangan Tu Maksudnya Dah Sihatlah Tu Ainul" - Nurul Erwani

Amri Hassan 07/08/2022 | 10:27 MYT

Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani tampil berkongsi keadaan semasa anaknya yang terdahulu dirawat di unit rawatan rapi pediatrik sejak Isnin lalu.

Kata Nurul Erwani, anak perempuannya itu menunjukkan perkembangan positif dan sudah sedarkan diri.
"Alhamdulillah dah dapat silang tangan tu maksudnya dah sihat lah tu Ainul. Termenung fikirkan masa depan. Dua hari lepas dah off ubat tidur, dia berjaga je. Mungkin sebab rasa macam lama sangat dah tidur.
"Mama dengan walid bergilir jaga Ainul di Hospital. InshaAllah semoga mama dan walid sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk jaga Ainul ya.
"Terima kasih sangat-sangat pada yang tidak putus mendoakan untuk Ainul. Yang sentiasa bagi semangat pada kami. Ainul mampu dan kuat lawan kuman yang jahat dalam badan dia. Ainul memang seorang anak yang istimewa," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Tambahnya, Ainul sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan (ventilator) dan kebanyakan ubat-ubatan sudah diberhentikan.
"Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik. Sehingga bila, itu terpulang pada doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat je.
"Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma darah. Orang seperti Ainul sangat perlukan darah tambahan.
"Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia," tambah Nurul Erwani.

#Viral #hospital #Kritikal #Kesihatan #Dr Amalina Bakri #Ainul Mardhiah #Sihat #Kuman #Nurul Erwani #Mulut
;