Hiburan
Dari Fantasi Kepada Realiti! Ananda Krishnan Mainkan Peranan Penting Jadikan Konsert Legenda ‘Live Aid’ Tahun 1985 Kenyataan
Tahukah anda bahawa pemegang saham syarikat stesen televisyen satelit pertama negara itu, Ananda Krishnan Tatparanandam merupakan orang penting dalam memastikan konsert Live Aid pada tahun 1985 menjadi realiti.
Peranan Penting
Mungkin ramai yang tidak akan tahu mengenai perkara ini jika tidak dikongsikan oleh penulis dan penganjur festival Malaysia, Bernice Chauly.Menerusi laporan MSE Asia, Bernice talah berkongsi satu gambar artikel Newsweek bertarikh 29 Julai 1985 yang bertajuk 'Live Aid's Shy Tycoon.
Menurut Bernice, Ananda memainkan peranan penting dalam merealisasikan konsert tersebut.
Artikel tersebut menjelaskan bagaimana Ananda cuba untuk mencuba sesuatu yang baru daripada perniagaan minyak yang diusahakannya pada ketika itu.
Ananda juga telah membaca tentang Bob Geldof iaitu lelaki di sebalik konsert Live Aid 1985, yang pada ketika tahun 1984 sedang mencari artis untuk merakam Do They Know It's Christmas/Feed the World."Dia mahu menyiarkan tentang sukan dan hiburan di seluruh dunia, mengubah bumi menjadi 'kampung global' seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh mendiang futuris Marshall McLuhan," tulis artikel berkenaan.
Bantu masa kebuluran
Ini adalah sebahagian daripada usaha Bob untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa kebuluran selepas menonton banyak laporan berita tentang kekurangan makanan di Ethiopia.Jadi, Ananda telah menghubungi Bob untuk menawarkan bantuan kepada organisasinya, The Band Aid Trust.“Daripada hanya memberi wang kepada badan amal, saya mahu melaburkannya kepada seseorang yang boleh mengumpul sejumlah besar wang,” kata Ananda seperti dipetik dalam Newsweek.
Namun, niat murni itu telah dihalang di bawah peraturan amal British daripada menggunakan wang yang dikutip daripada lagu untuk membayar perbelanjaan overhed.
Bagaimanapun, Ananda dilaporkan telah menawarkan untuk mengagihkan hasil yang diperoleh daripada lagu itu dari duit poketnya sendiri.
Pada tahun 1985, Ananda telah menyumbangkan sebanyak RM 3,334,290.80 bersama surat kredit bernilai RM 4.4 juta untuk merealisasikan konsert legenda Live Aid yang menampilkan David Bowie, Elton John, George Michael dan Queen.
Suasana konsert itu juga ditampilkan dalam filem biopik, Bohemian Rhapsody yang dilakonkan oleh Rami Malek sebagai Freddie Mercury iaitu vokalis kumpulan Queen.
Sumber: sea.mashable
Must-Watch Video