Berita

Dari Klang Ke Russia, Adam Riezman Anak Malaysia Pertama Jadi Pembawa Bola Di Piala Dunia

Rozaimi Zubaidi
02/07/2018
08:04 MYT
Sponsor Banner
Dari Klang Ke Russia, Adam Riezman Anak Malaysia Pertama Jadi Pembawa Bola Di Piala Dunia
Seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang Selangor, Adam Riezman Roslam mencipta sejarah apabila dipilih sebagai anak Malaysia pertama untuk jadi pembawa bola di Piala Dunia Russia.
Kelibat Adam mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila dia dilihat pada aksi pusingan ke-16 membabitkan tuan rumah, Rusia yang bertemu Sepanyol yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, malam tadi.
Ini sekali gus menyaksikan Adam menjadi anak Malaysia pertama yang terpilih sebagai pembawa bola bagi temasya penuh gemilang yang setakat ini sudah memasuki pusingan kedua.
Pelajar dari Akademi Merah Kuning itu diterbangkan ke Russia Sabtu lalu selepas dia menjuarai kejohanan 'Kids Skills Competition' anjuran KIA yang menawarkan hadiah wang tunai RM800 untuk juara selain berpeluang menjadi pembawa bola dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia.
Pada perlawanan tersebut tuan rumah Rusia mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 selepas membelasah Sepanyol 4-3 secara penalti, susulan keputusan seri 1-1 di Stadium Luzhniki.
Perlawanan itu menjadi kejutan terbesar dalam kejohanan bertaraf dunia itu selepas Sepanyol gagal menguasai permainan, manakala Rusia kukuh di bahagian pertahanan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar