Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Dari Lumpuh & Kini Mampu Berjalan, Azlan Komeng Terhutang Budi Dengan Isteri - “Sewaktu Saya Tidak Berkemampuan Untuk…”

Ernalisa 10/01/2025 | 02:55 MYT

Pernah goyah dengan rumah tangga dan hampir berpisah, pasangan Azlan Komen dan isterinya, sekali lagi diuji apabila mereka berdua mengalami kemalangan jalan raya tahun lalu hingga menjadikan pelakon itu lumpuh.

BERITA BERKAITAN: Azlan Komeng Kongsi Pengalaman Isteri Hamil 8 Bulan Tapi Kandungan ‘Hilang’ - “Dah Rasa Macam-Macam, Keluar Ular…”

BERITA BERKAITAN: Nur Nilam Persoal Tindakan Individu Sanggup Buat Sumpah Laknat - “Dia Heret Nama Agama Ke Dalam Cerita…”

Bagaimanapun keadaan pelakon lagak ngeri itu semakin pulih apabila dia kini boleh berjalan sepenuhnya.

Kata Azlan dia berterima kasih dan bersyukur kerana dikurniakan Nur Nilam Ortiz yang banyak bekorban selama ini.

"Saya sebenarnya kena berterima kasih kepada isteri saya yang ikhlas menjaga sejak saya terlantar sehinggakan saya boleh berjalan.

"Sewaktu saya tidak berkemampuan untuk berjalan dia banyak kerja keras jadi ketua keluarga untuk cari rezeki bagi menampung keluarga.

"Saya bersyukur sangat dikurniakan isteri seperti dia. Seperti mana usaha dia menjaga saya sampai saya boleh berjalan. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan dia sebagai isteri dunia dan akhirat.

"Saya mohon Allah berikanlah kebahagiaan,kesihatan yang baik dan kegembiraan kepada isteri saya," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nilam yang berada di sisi suaminya kelihatan sebak dengan doa dan ucapan Azlan Komeng memberitahu, pelbagai dugaan terpaksa dihadapi sepanjang suaminya tidak mempunyai kudrat untuk bekerja.
Tidak mahu berputus asa, Nilam memulakan perniagaan sambal buatan sendiri secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan rawatan Azlan Komeng dan keluarga.
Walaupun pada awalnya dia mengakui bertemu jalan buntu, namun berkat kesabaran dan semangat suaminya dia mampu mengharungi ujian yang melanda mereka sekeluarga.
Mengingati kembali detik Azlan Komeng menyelamatkan nyawanya ketika kemalangan, Nilam turut meluahkan rasa terima kasih kerana suaminya sanggup menggadaikan nyawa sendiri ketika itu.
"Terima kasih sebab jaga saya, terima kasih juga sebab sanggup mati untuk saya," katanya dalam nada sebak.
Menurut pasangan ini juga, setelah mengharungi pelbagai badai dalam mahligai yang dibina, kehidupan mereka kini lebih bahagia seperti baharu berumah tangga.
Azlan dan Nilam juga sempat menitipkan ucapan kepada semua rakan artis termasuk orang ramai yang sudi membantu mereka ketika dalam kesempitan.
Oktober tahun lalu pelakon Azlan Komeng, dilaporkan mengalami patah tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Lipis semasa dalam perjalanan ke Tapak event bersama isterinya, Nilam Ortiz.
Ekoran kemalangan itu, Azlan Komeng disahkan lumpuh.
Difahamkan, ketika itu kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain dipercayai sebuah van dari arah bertentang

#Isteri #Azlan #Budi #Komeng #dengan #terhutang
;