Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dari Peniaga Char Koey Teow, Aiman Tino Kini Usahawan Kosmetik

Syafiqah Jalal 08/03/2017 | 13:34 MYT
Bakat muda yang semakin meningkat naik, Aiman Tino kini menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kecantikan, Sweet Aiman.
Aiman Tino atau Mohd Aiman Yusri, 19, berkata, sudah tiba masanya dia kembali ke perniagaan memandangkan minatnya dalam bidang tersebut sejak di bangku sekolah.
"Dulu masa umur 16 tahun, Aiman pernah jadi tukang goreng Char Koey Teow. Aiman juga yang pergi pasar untuk beli bahan mentah seperti udang dan sebagainya untuk digoreng dan dijual kepada pelanggan", katanya kepada Astro Gempak.
Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu, sekiranya dia tidak bergelar seorang penyanyi sekarang, dia akan mengembangkan lagi perniagaan restoran Asam Pedas milik keluarganya yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Foto : Instagram @official_aimantino
#Penyanyi #Aiman Tino #Penyanyi #Business
;