Laman Utama
“Daripada Nabil Bertukar Remy Ishak” - Penampilan Latif Romly Pada Paralimpik Rio & Tokyo Terima Pujian Ramai
Selepas kejayaannya meraih pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia, jaguh lompat tinggi para negara Abdul Latif Romly terus mendapat perhatian wargamaya kerana perubahan wajahnya yang semakin kacak.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna membuat perbandingan foto sewaktu Latif, 24, bertanding di sukan Paralimpik Rio 2016 ketika dia berusia 19 tahun dan wajah terkini di Paralimpik Tokyo 2020.
Selain perubahan wajahnya yang cukup ketara, ada yang turut menyamakan penampilan Latif kini mirip aktor kacak Remy Ishak.
Latif merupakan pemegang rekod dunia lompat jauh kategori T20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan catatan sejauh 7.64m di Sukan Para Asia Jakarta 2018 dan 7.60m untuk rekod Paralimpik.Terbang Latif Terbang! Congrats Abdul Latif Romly, third ? for Malaysia. #GanbatteMalaysiaFrom this (2016) To this (2021) pic.twitter.com/xWICYEreym— Aina Athira (@AinaAthira_) September 4, 2021
Memetik laporan majalah EH!, Latif mengalami ketidakmampuan intelektual dan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran sehingga pernah ditempatkan di kelas khas.
Menurut Latif, pada usia 15 tahun baru dia boleh membaca dan menulis walaupun tidak selancar dan sepantas pelajar lain.
Walaupun begitu, Latif menjadi kegemaran guru-guru di sekolah kerana dia seorang yang aktif bersukan dan sentiasa menjadi harapan sekolah untuk membawa pulang pingat.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya teruja melihat perubahan wajah dan tubuh anak kelahiran Kangar, Perlis itu yang semakin berotot. Hal ini jelas menunjukkan penat lelah latihan selama bertahun membuahkan hasil. M
“Yang tahun 2021 tu remy ishak ke?????” tanya seorang wargamaya.
“Glow up padu dah macam Remy Ishak!” kata seorang wargamaya.
“2016 Latif Romly, 2021 Remy Ishak,” tulis seorang wargamaya.
“His face structure giving me pahlawan melayu kinda vibes, i need pictures of him in baju melayu and tanjak while holding a keris,” ujar seorang wargamaya.
“Wehhhh ni dari Nabil ke Remy Ishak, serius!” kata seorang wargamaya.
“Omg Remy Ishak dah taken, datang pulak pengganti,” usik seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video