Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

David Dan Victoria Beckham Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-21!

Azwa Rahman 05/07/2020 | 09:51 MYT
Power couple David dan Victoria Beckham meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-21 pada Sabtu.
Menerusi laman sosial Instagram, Victoria berkongsi sebuah video romantik dedikasi khas buat hari istimewa mereka.
“Selamat hari ulang tahun perkahwinan @davidbeckham. Saya tak percaya perkahwinan kita sudah menginjak ke usia 21 tahun.

Happy Anniversary @davidbeckham ❤️❤️❤️ I can’t believe it has been 21 years since we said “I do”. Four children, four dogs, so much laughter and I love you more each day. xxxxxx

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham) on

Empat anak, empat anjing, terlalu banyak kegembiraan dan perasaan cintakan awak bertambah setiap hari,” tulis Victoria sebagai kapsyen.
Menerusi video berdurasi 40 saat itu, ia menunjukkan foto-foto momen ketika zaman perkenalan, perkahwinan dan kehidupan glamor mereka dengan berlatarbelakangkan lagu Elton John, Something About The Way You Look Tonight.
Malah, David menerusi laman Instagram turut berkongsi video peribadi dedikasi khas buat isteri tercinta dengan menggunakan lagu Spice Girls.
Pasangan itu disatukan pada tahun 1999 di Luttrellstown Castle, Ireland.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, Brooklyn Beckham, 21, Romeo James Beckham, 17, Cruz Beckham, 15 dan seorang anak perempuan Harper Seven Beckham, 8 tahun.
#Ulang Tahun Perkahwinan #David Bekcham #Posh Spice
;