Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”

Mya Amri 10/08/2024 | 02:50 MYT

Pelakon, Dayana Roza berdepan detik cemas apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Percutian bertukar tragedi

Menurut Dayana, kejadian itu berlaku ketika dia cuba menyelamatkan anaknya daripada dirempuh individu yang turun daripada permainan gelongsor air di sebuah pusat peranginan yang didudukinya.

“Percutian keluarga bertukar jadi kemalangan kecil. Patut selepas dinner nak surprise cake untuk birthday Umi, semuanya berlaku dengan sangat pantas.

“Betul orang kata, instinct seorang ibu tu memang kuat. Tengah breakfast D tak sedap hati bila tengok Astrid dengan helper tengah main dekat pantai area slide.

“Baru makan omelette tiga suap D berlari ke diorang. Nasib D sempat tolak Astrid sekuat hati bila tengok orang dekat atas slide dah tak ada.

“Tapi nasib D tak baik lelaki itu turun ngam ngam kena kepala D. Tak sure kena kaki ke siku ke apa sebab D menghadap Astrid lepas tolak dan nak kearah dia,” kongsinya.

Pengsan dan tidak sedarkan diri

Jelas Diyana lagi, disebabkan rempuhan itu, dia mengalami pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Lepas kena D blackout sekejap. Impact sangat kuat, so kepala D koyak, darah meleleh non stop dan macam rasa nak tidur tapi D lawan.

“Masa mak D tengah buat first aid D start muntah-muntah dan tangan kebas. Dalam hati non stop rasa syukur bukan Astrid yang kena, kalau tak tak tahu jadi apa.

“Selepas itu kitorang naik boat pergi ke darat terus ke hospital Mersing, dah x-tray semua doktor kata kena transfer hospital untuk buat ct scan.

“Sampai je KPJ Kluang, terus diorang x-tray lagi, ct scan, bagi pain killer dan kena minor surgery sebab doktor kata tak boleh jahit biasa sebab skin hilang dan nampak skull,” jelasnya.

Syukur tiada kecederaan serius

Bagaimanapun, Diyana bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Alhamdulillah tak ada apa serius. Semalam dah balik sempat singgah Melaka, makan-makan dengan kepala berbalut.

“Tourist China tengok D pelik je last-last beli topi la cover. Nasib dekat tepi kepala kalau parut jahit ni kat tengah dahi boleh berlakon watak Harry Porter la lepas ni,” coretnya.

Berikut merupakan hantaran penuh Diyana:

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

#Anak #hospital #Cedera #Pengsan #Dayana Roza #Percutian
;