Laman Utama

Dayang Nurfaizah Kagum Suara Amir Masdi Sewaktu Program Big Stage, Kini Jadi Rakan Duet Menerusi Lagu ‘Debu’

Azwa Rahman
23/02/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
Dayang Nurfaizah Kagum Suara Amir Masdi Sewaktu Program Big Stage, Kini Jadi Rakan Duet Menerusi Lagu ‘Debu’
Penyanyi Dayang Nurfaizah mendedahkan pertama kali dia mengagumi bakat dan suara rakan duet Amir Masdi adalah sewaktu program Big Stage musim ketiga sewaktu dia menjadi rakan duet bersama Qody Rani.
Menurut Dayang, peluang berkolaborasi bersama Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 26, datang secara tanpa dirancang dan tepat dengan ciri-ciri lagu Debu.
“Sebelum ni pun kita dah tahu lagu-lagu Amir kan. Tapi rasanya yang betul-betul Dayang impress sangat-sangat yang Dayang tak boleh lupa semasa di Big Stage.
“Dayang tahu pasal Amir daripada Akademi Fantasia, lepas tu Amir ada keluarkan single, final AJL semua kan tapi masa di Big Stage musim terdahulu, Dayang menjadi juri pada malam itu tapi Dayang gagal masa persembahan Amir sebab Dayang tengok dia, Dayang kagum.
“Bila live performance dan bila kita dengar lagu kadang-kadang lain kan tapi bila tengok Amir perform live, ehh budak ni betul-betul talented dan ada X-Factor. Dayang rasa Amir boleh pergi jauh ni. Dia tunggu experience dan masa. Dayang bertuah dapat bekerjasama dengan Amir,” ujar Dayang ketika ditemubual.
Dayang dan Amir ditemui secara maya menerusi sesi temu bual pelancaran lagu terbaru hasil kolaborasi mereka berjudul Debu pada Selasa.
Lagu bergenre ‘balada moden’ itu adalah karya ciptaan sepenuhnya oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.
Tambah pemilik nama lengkap Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, dia tidak mempunyai masalah untuk berduet dengan penyanyi baru asalkan lagu dan kualiti vokal rakan duetnya sesuai.
“Dayang memang suka dan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana artis kalau kena dengan suara dan lagu. Bagi Dayang berduet tu bukan sekadar menyanyi tetapi masing-masing memberi.
“Jadi bila Dayang dan Amir cuba, terjadilah duet ini. Dayang memang enjoy berduet sebab Dayang suka proses berkolaborasi tu. kita boleh bertukar pendapat dan pada masa yang sama saling belajar dengan Amir,” jelasnya lagi.
Bagi Amir yang merupakan juara program Akademi Fantasia 2016, Dayang merupakan salah satu nama rakan duet impiannya selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dan peluang berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran Sarawak ini memberi impak positif dalam karier nyanyiannya.
“Alhamdulillah saya rasa sangat bertuah dapat berkolaborasi dengan Dayang Nurfaizah. Macam mana pun saya bersyukur dengan kemajuan karier saya. Saya dan pengurus slowly mencari jalan untuk bina karier dan alhamdulillah sekarang ni makin positif,” ujar Amir.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar