Hiburan

Debaran GMWA2023: Meerqeen Tak Letak Harapan Nak Menang - "Pesaing saya semua nya.."

Umirah Halim
24/02/2024
09:00 MYT
Sponsor Banner
Debaran GMWA2023: Meerqeen Tak Letak Harapan Nak Menang - "Pesaing saya semua nya.."
Pelakon, Meerqeen tidak meletakkan apa-apa harapan untuk memenangi anugerah bagi kategori artis Selebriti Digital Paling Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23).
Menurut Meerqeen kemenangan sesebuah trofi itu tidak semestinya menjadi salah satu aras penentu perjalanan kariernya.
"Semua anugerah yang saya masuk dan tercalon saya tak pernah letak apa-apa harapan.
"Lebih-lebih lagi untuk kategori ini dan pesaing saya juga semua nya memang ada nama besar dan berbakat terutamanya Dato' Sri Siti Nurhaliza.
"Sebab kalau saya tak menang pun bukan bermaksud karier saya berakhir mungkin calon yang lain lebih layak untuk menang,” katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: #GMWA23: Meerqeen, Naim Daniel, Anna Jobling & Dolla Dominasi Gempak Most Wanted 2023

Dalam pada itu, Meerqeen juga tidak merasa untuk bersaing dengan mana-mana calon lain sebaliknya bersyukur kerana telah menjadi calon top 5 untuk kategori ini.
"Saya tak rasa bersaing pun sebab bagi saya trofi bagi saya bukan harus memiliki dia kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat pun okay sahaja.
"Jadi setakat hadir untuk ke GMWA pun saya dah happy dah, tak menang pun takpe," tambahnya.
Antara calon juara bagi kategori Selebriti Digital Paling Tergempak yang lain termasuk Dato' Sri Siti Nurhaliza, Amir Ahnaf, Amir Masdi dan Anna Jobling.
Saksikan malam kemuncak anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.
Acara ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari.
Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023.
Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Acara kemuncak GMWA 2023 juga turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar