Hiburan
Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah
Peguam mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong, mendakwa Fazura boleh dikenakan penjara sekiranya disabit melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama bekas suami sebelum kedua-duanya sah bercerai.
Ketika diminta mengulas mengenai situasi itu, peguam Fattah memaklumkan pihaknya bakal mengambil pendekatan untuk melihat dan mengkaji terlebih dahulu kenyataan Fazura itu sebelum sebarang tindakan susulan boleh dilakukan.
"Di antara perkara yang dipersetujui sebagai perjanjian yang perlu dilaksanakan selepas cerai antaranya adalah kedua-dua belah pihak perlu jaga aib, tidak memburukkan serta menyebarkan fitnah antara satu sama lain.
"Kedua-dua pihak perlu laksanakan perintah yang dipersetujui.
"Jika ada pelanggaran, tidak patuh dengan perjanjian, dari segi hak undang-undang, mangsa (Fattah) boleh failkan permohonan penghinaan kepada mahkamah.
"Dan mahkamah boleh keluarkan notis penjara kerana tidak laksanakan perintah yang sudah ditandatangani," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.
Sementara itu, Fattah ketika ditanya adakah akan mengambil tindakan susulan, dia memaklumkan akan berbincang untuk meneliti perlanggaran syarat tersebut.
Malah Fattah sekali lagi menegaskan bahawa tuduhan yang didedahkan Fazuran itu termasuklah dia curang itu adalah fitnah dan palsu.
"Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang, kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa. Tindakan? Kita akan berbincang untuk menilai," ujarnya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin masih lagi berpanjangan selepas Fazura memilih untuk mendedahkan tiga sebab yang didakwa menjadi punca penceraiannya bersama pelakon itu.
BERITA TRENDING: Fattah Amin Sudah Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Datang Rumah Pujuk, Tapi Dihalang Masuk…”
BERITA TRENDING: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”
BERITA TRENDING: Fazura Dakwa Fattah Amin Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Saya Harap Dia Datang Pujuk…”
BERITA TRENDING: Fattah Amin Jawab Dakwaan Berlaku Curang - “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Baik Saya”
Antara tiga punca tersebut termasuk curang, pengabaian nafkah dan tiada persefahaman.
Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.