Laman Utama
Dedah Bella Banyak Berkorban Untuk Anaknya, Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Menantu
Sempena ulang tahun kelahiran pelakon Bella Astilah semalam, ibu mentuanya, Hafiza Basharahil menitipkan ucapan istimewa buat menantunya.
Hafiza dalam ucapannya mendoakan kesejahteraan buat isteri kepada anaknya, Aliff Aziz supaya diberkati dunia akhirat.
“Sanah Helwa to my one and only daughter in law Bella! Today you celebrate another year older Masya-Allah.
“Umi dan Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan Bella dunia dan akhirat ... you are so much wiser than your age dearest daughter,” tulisnya.
Ibu Aliff berkongsi ucapan itu menerusi satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
Dalam ucapan itu juga Hafiza mendedahkan Bella adalah insan yang banyak berkorban terhadap keluarganya terutama buat Aliff selama ini.
“Kamu telah berkorban banyak untuk keluarga kamu dan kami. Kami tahu Bella adalah seorang anak, isteri, ibu, kakak dan teman yang sangat-sangat baik.
“You always put others before yourself, always thinks the best of others despite how others treats you ... itu adalah sifat yg sgt baik dan terpuji.
“Semoga Bella sentiasa dalam kasih sayang Allah serta sentiasa dalam lindungannya aamiin,” luahnya.
Menerusi entri berkenaan Hafiza memuat naik foto Bella bersama Aliff ketika menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 8 baru-baru ini.
Kata ibu Aliff gambar yang dikongsikan itu amat bermakna baginya dan menunjukkan maksud tersirat.
“Why this picture? Cause looking at this picture of you both reminds me of your sacrifices specially for Aliff dan Allah berikan secebis nikmat buat Bella Allahuakbar,” ujarnya.