Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dedah Lakaran Wajah ‘Penghantar Sihir’ Datuk Ustaz Kazim, Pawang & Pelukis Alam Ghaib Ini Akhirnya…

Hanafis Haris 07/06/2022 | 02:56 MYT

Kecoh di media sosial apabila munculnya lakaran dua individu yang kononnya bertanggungjawab melakukan sihir kepada pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias.

Lakaran itu dibuat oleh seorang pengamal perubatan tradisional yang turut menggelarkan dirinya sebagai ‘pawang’ serta perawat dan pelukis alam ghaib.

Menurut Ustaz Kazim, dia memohon untuk individu tersebut supaya tidak menimbulkan tanggapan atau tuduhan kepada sesiapa.

“Saya dapat banyak kiriman dari TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.

“Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.

“Saya berharap pemilik akaun Tik Tok berkenaan memadamkan gambar ini,” katanya menerusi satu posting di Facebook.

Susulan daripada itu, ‘pawang’ yang bertanggungjawab atas perbuatan itu tampil memohon maaf kepada Ustaz Kazim.

Menurutnya, dia menghormati permintaan Ustaz Kazim dan tanpa berfikir panjang memadam posting berkenaan.

“Dengan rela hatinya saya telah pun memadam lakaran dan segala video tersebut.

“Saya mohon 1,000 kemaafan kepada ustaz.

“Saya buat lakaran bukan untuk peribadi atau niat tertentu, tetapi untuk permintaan ramai sahaja,” katanya.

Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

#Ustaz #Kazim #Ghaib #Lukisan Ustaz Kazim #Pawang
;