Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Degup Cinta Cipta Sejarah Bakal Dipertontonkan Di Turki dan Timur Tengah

Elrafaei Sapi 13/07/2018 | 09:30 MYT
Drama bersiri sebanyak 26 episod, Degup Cinta bakal mencipta sejarah tersendiri apabila akan menembusi pasaran luar negara termasuk negara Asia, Turki dan Timur Tengah.
Pengarah Eksekutif 3 Line Media, Harris Ahmad Shah berkata, impian membawa produk tempatan ke pasaran antarabangsa menjadi kenyataan selepas projek ini mendapat kerjasama daripada FOX Turki.
"Kita membeli format dari sana untuk drama bersiri, Ruzgarin Kalbi sebanyak RM100,000 sebelum menghasilkan versi tempatan," katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, kelebihan kerjasama ini menyaksikan drama ini buat pertama kalinya akan dipasarkan ke Turki, Timur Tengah dan seluruh dunia.
"Mereka bagi skrip drama asal tersebut. Terpulang pada kita sama ada mahu olah balik atau nak ikut bulat-bulat.
"Sepatutnya, penerbitan drama ini mengikut standard antarabangsa daripada FOX tapi mereka faham dengan bajet yang kita buat," katanya.
Akuinya, dia pernah bersembang dengan produser di sana yang terkejut sebaik mengetahui kos penerbitan untuk satu episod di sini lazimnya antara AS$8,000 sehingga AS$10,000 sebaliknya mereka sanggup membelanjakan AS$200,000 kos untuk 1 episod.
"Sebagai contoh, ada syot asal dibuat di Bosnia untuk adegan penjara jadi mereka bertanya pada saya lokasi di sini seperti itu.
"FOX menyatakan dengan menjual produk di Turki, ia sudah menampung kos produksi sebelum dijual ke Timur Tengah dan seluruh dunia," katanya.

Ruzgarinkalbi #degupcinta #heartbeat eksklusif utk tayangan tv anda... Akan datang @rtm_malaysia @finasmalaysia #teaser1minute Cast by @josiahhogan @shiqinkamal @julianaevans @zarynnzarynn @mathnirazak7 @cintadeline @shuhanty @hanif_safuan @faeznick dan ramai lagi... Director Drama By @budakijat @sis_515 ❤️❤️ Produser by #3linemediasdnbhd #production #bestteam @onechinoizstudios cc @beritaharian @hmetromy @kosmo_online @hitsutusan @abpbh31

A post shared by (zalif.sidek85@gmail.com) (@zalifsidek) on

Degup Cinta menyaksikan gandingan pelakon utama seperti Josiah Hogan, Shikin Kamal dan Zalif Sidek manakala skrip ditulis Maizura Mohd Ederis.
Bagi Maizura, meskipun versi tempatan ini merujuk pada cerita asal sebaliknya banyak perubahan dilakukan.
"Sebanyak 8 episod digabungkan dalam 1 jam. Cerita asal iaitu sub plot mahal sebab banyak syot permandangan," katanya.
Sebagai penulis skrip, dia juga berasa seronok apabila mengetahui karya tempatan ini bakal disiarkan di luar negara.
Drama bersiri ini turut mendapat bantuan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menerusi Geran Produksi.
"Timbul juga rasa seronok bila dapat tahu drama ini akan disiarkan di luar negara. Merujuk cerita asal, skor muzik dan dialog mereka memang menghiburkan sehingga ada adegan bercakap dengan burung ketika meluahkan perasaan tapi kita tukar kepada ikan emas," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @shuhanty, @onechinoizstudios
#Josiah Hogan #Degup Cinta #Shikin Kamal
;