Viral
Dekat Dengan Lokasi Kebakaran Hutan Di LA, Jasmine Suraya Chin Gigih ‘Panjat’ Bumbung Rumah Tinjau Keadaan - “Macam Tak Percaya Kejadian Ini…”
Kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat, pelakon Jasmine Suraya mendedahkan jarak rumahnya dengan lokasi kebakaran hutan yang berlaku berdekatan Taman Runyon Canyon hanya 10 minit sahaja.
Menerusi satu perkongisan di Instagam, aktres tersebut turut berkongsi sebuah video kebakaran yang dirakam olehnya menerusi bumbung rumahnya.
“Inilah Ranyon Canyon. Hanya 10 minit jarak perjalanan jika memandu dari rumah saya.
“Saya naik ke bahagian bumbung untuk memeriksa situasi yang berlaku, macam tak percaya kejadian ini akan berlaku depan mata saya,” katanya.
Pada masa sama, pelakon filem Paskal itu memberitahu bahawa dia sudah meninggalkan kediamannya sebagai langkah berjaga-jaga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan Suraya agar dia kekal selamat.
Terdahulu, media antrabangsa melaporkan kebakaran hutan yang melanda Los Angeles pada Rabu telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa, memusnahkan ratusan bangunan dan mengakibatkan sumber air serta keupayaan pemadam kebakaran berada di tahap kritikal.
Lebih daripada 70,000 penduduk telah diarah berpindah demi keselamatan mereka.
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.
Must-Watch Video