Berita

Demi Maream, Farah Lee Terpaksa ‘Study’ Dalam Bilik Air

Syafiqah Jalal
01/11/2018
10:11 MYT
Sponsor Banner
Demi Maream, Farah Lee Terpaksa ‘Study’ Dalam Bilik Air
Status ibu tunggal tidak mematahkan semangat Farah Lee untuk menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak di Leeds, United Kingdom (UK).
Malah anaknya, Maream Esabel hasil perkahwinan dengan bekas suami, Ally Iskandar turut dibawa bersama.
Terbaharu, Farah menerusi akaun Instagram (IG) Story berkongsi cabarannya hendak membuat ulang kaji pelajaran apabila terpaksa berkurung di dalam bilik air.
Menurut Farah dia terpaksa membawa komputer riba untuk mengulangkaji pelajarannya di dalam tandas kerana tidak mahu mengganggu Maream yang sedang tidur.
“Study dalam bathroom sebab tak mahu buka lampu bilik, takut Maeram terjaga dan di living room atau bilik lain sejuk, heater tak okay sangat.
“Bathroom best, panas hehe. Don’t worry, bathroom ni tak ada toilet bowl,” tulisnya.
Farah juga merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekaninal dari Inha University, Korea Selatan.
Terdahulu, penghijrahannya bersama Maream ke UK mendapat pujian netizen yang rata-rata menganggap dia seorang wanita yang tabah dan bersemangat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar