Hiburan
Demi Privasi, Jennifer Lawrence Elak Swafoto Dengan Peminat
Pelakon filem The Passengers, Jennifer Lawrence menegaskan tidak akan swafoto bersama peminat lagi.
Menurut laporan Daily Mail, Jennifer membuat keputusan tersebut kerana ingin menjaga privasinya ketika berada di tempat awam.
"Ini merupakan salah satu cara yang saya lakukan untuk menjaga keselamatan ketika berada di tempat awam.
"Saya tidak akan lagi swafoto selfie dengan mana-mana peminat yang tidak dikenali kerana ingin menjaga privasi saya.
"Kebanyakan peminat berfikir bahawa sudah mengenali saya menerusi filem-filem yang saya lakonkan, tetapi hakikatnya saya tidak mengenali mereka.
"Saya sendiri berasa pelik dan takut apabila ada orang yang tidak dikenali datang secara tiba-tiba untuk bergambar," katanya.
Menurut Jennifer, dia juga telah merancang untuk memisahkan antara kerjaya dengan kehidupan peribadinya bagi menjaga privasi diri dan keluarganya.
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi