Laman Utama
Demi Projek 'Food Bank', Radin Jual Preloved & Sedekah Gaji - "Tak Perlu Jadi Kaya Untuk Buat Orang Lain Bahagia"
Penyampai radio ERA Radin, 31, mendedahkan dia bakal mengadakan jualan barangan peribadi pada hari ini untuk mengumpul dana bagi membantu golongan terkesan akibat Covid-19.
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani mengakui bersimpati dengan nasib individu serta keluarga yang terjejas justeru dia berhasrat untuk menyediakan 'food bank'.
"Umum sedia maklum kita berada dalam PKP 3.0. Saya yakin dan bersimpati kepada kebanyakkan individu dan keluarga yang terkesan dengan apa yang menimpa disebabkan Covid-19.
"Sehubungan itu, saya nak membantu dengan mana-mana yang saya boleh (mampu) bersama team saya. Ramai yang DM saya, minta pelbagai jenis bantuan.
"Saya merancang untuk menyediakan 'food bank' kepada sesiapa yang memerlukan. Perancangan saya untuk mendapatkan dana adalah dengan menjual beberapa koleksi pakaian saya.
"Ada yang pernah pakai sekali dua, ada yang masih baru. Hari Sabtu ini saya akan let go bermula 1 petang.
"Hasil jualan itu saya beli barangan keperluan asas seperti beras, gula, telur, tuala wanita dan lain-lain," katanya menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG), semalam.
Dalam pada itu, pengacara program Media Hiburan Throwback juga akan menyumbangkan sebahagian gaji bulanan sekiranya jumlah dana yang terkumpul tidak mencukupi.
"Kalau jumlah kutipan tidak mencukupi, insya-Allah saya akan menggunakan sebahagian gaji saya bulan ini untuk top up demi membantu meringankan beban korang semua.
"Saya cuba mana yang patut. Tak perlu jadi kaya untuk buat orang lain bahagia. Insya-Allah kita tolong mana mampu," katanya lagi.
Sebelum ini, Radin pernah membuka bantuan kepada yang memerlukan dengan memperuntukkan sebahagian gajinya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
BACA: "Kalau Kena Tipu, Itu Urusan Dia & Allah - Radin Terima Hampir 200 Mesej Minta Bantuan Kewangan