Hiburan

Demi Rakan Artis Yang Memerlukan, Artis-Artis Popular Ini Tak Malu Busking Tepi Jalan!

Fiza Kamarudin
10/12/2019
14:27 MYT
Sponsor Banner
Demi Rakan Artis Yang Memerlukan, Artis-Artis Popular Ini Tak Malu Busking Tepi Jalan!
Baru-baru ini penyanyi popular seperti Datuk Awie, Hujan, Datuk Hattan, Adira, Jaclyn Victor, Mark Adam, Siti Sarah, Exist, Azharina, Ameng dan ramai lagi telah mengadakan persembahan demi mengutip dana bantuan amal.
Mereka tidak malu untuk menjadi penyanyi jalanan, membawa bakul dan mengutip sumbangan untuk artis veteran dan rakan artis yang berada dalam kesusahan.
Barisan penyanyi popular ini membuat kemunculan istimewa mengiringi persembahan kumpulan buskers sambil berkongsi cerita dan pengalaman menarik sepanjang bergelar anak seni.
Bagaimana agaknya penyanyi popular ini menjadi penghibur jalanan? Semuanya akan dipaparkan menerusi program My Buskers, terbitan Astro Prima.
Rakaman My Buskers telah diadakan di empat buah lokasi iaitu Sogo (Jalan Tuanku Abdul Rahman), Lot 10 (Jalan Bukit Bintang), Tapak (Jalan Ampang) dan The Port (Bandar Utama).
Program My Buskers bersiaran selama 60 minit sepanjang 11 buah episode dan bakal bersiaran secara ekslusif pada setiap Khamis, jam 9 malam mulai 12 Disember (Khamis) ini di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
My Buskers juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Astro dalam menyokong inisiatif tanggungjawab korporat yang digerakkan FINAS dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), menerusi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam usaha menjaga kebajikan para penggiat seni tanah air.
Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata Astro melihat muzik jalanan sebagai satu cabang seni yang sering mendapat perhatian ramai.
“Kami menyambut baik perkembangan ini dengan menyediakan platfrorm kepada golongan buskers untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada menerusi My Buskers.
“Uniknya, mereka berkolaborasi dengan artis profesional untuk memenuhi misi bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya pada majlis sidang media My Buskers di Hard Rock Café, Kuala Lumpur.
Seramai 21 penyanyi popular terlibat dalam program ini iaitu Ruffedge, One Nation Emcees, Drama Band, Usop, Adira, Lan Solo, Azlan Typewriter, Datuk Awie, Hujan, Datuk Hattan, Adira, Jaclyn Victor, Mark Adam, Siti Sarah, Exist, Azharina, Ameng, Black, Neeta, Amelina dan Bunkface.
Antara artis yang menerima sumbangan ialah AR Badul, Wan Maimunah, Pian Cecupak, Puteri Balqis, Alina Hassan, Hamid Gurkha, Ku Faridah, Kartina Aziz, Azman Idris, Joey BPR dan Shima.
Hasil sumbangan adalah daripada hasil kutipan jualan barangan ekslusif My Buskers dan sebahagian lagi adalah sumbangan ikhlas daripada Astro.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar