Berita

Demi Rakyat, Syed Saddiq Tolak Tawaran Biasiswa Ke Universiti Oxford

Syafiqah Jalal
13/06/2018
07:33 MYT
Sponsor Banner
Demi Rakyat, Syed Saddiq Tolak Tawaran Biasiswa Ke Universiti Oxford
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), YB Syed Saddiq Abdul Rahman akui terpaksa melepaskan impiannya untuk menyambung pengajian ke Universitu Oxford demi menggalas tanggungjawab dan amanat rakyat kepada negara
Menerusi perkongsian Syed Saddiq di akaun Instagram (IG) miliknya, Syed memberitahu ini kali kedua dia menolak menyambung pengajian ke universiti tersebut.
Pada mulanya dia akui berhadapan dengan dilemma untuk membuat keputusan tersebut.
Namun setelah memikirkannya, dia terpaksa melepaskan impiannya demi kepercayaan dan amanat yang telah diberikan rakyat kepadanya.
Syed turut berkongsi foto surat tawaran yang diterimanya.
The Road Not Taken . . Saya baru menerima emel yang memaklumkan saya terima biasiswa bersyarat daripada Chevening Scholarship untuk menyambung pelajaran saya untuk membuat Masters in Public Policy di Oxford University. Bagi mereka yang mengenali saya, pasti mereka tahu berapa lama saya idamkan tawaran untuk ke Oxford. . . Tahun lepas, saya telah menolak biasiswa daripada Oxford/Campuran dan menangguhkan Masters saya disana untuk bersama-sama dalam perjuangan ini untuk rakyat. Now i am confronted with almost the same dilemma. . . It was not an easy journey for me, to choose between my dream and my responsibility. . . For the second time, saya terpaksa menolak sekali lagi kerana saya telah diberikan kepercayaan dan amanat oleh rakyat Muar untuk membawa suara mereka ke Parlimen agar suara mereka didengari malah saya percaya tugas saya lebih besar daripada itu, to help reform and serve the people of Malaysia. To ensure the Youth will always have a strong voice in Parliament. . . Rakyat Malaysia adalah amanah saya dan In shaa Allah saya akan berpegang teguh pada amanah yang diberikan, Quite painful for me to explain to my parents yang inginkan saya menyambung pelajaran ke Oxford University. Saya faham keinginan mereka sebagai ibu bapa yang ingin melihat anaknya berjaya dalam bidang akademik dan saya sedar sekiranya saya menolak tawaran Oxford kali ini saya tidak akan berpeluang untuk menangguhkan tawaran ini lagi. Tawaran ini akan luput. . . But being in Malaysia, melihat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bertungkus lumus membina negara, dari sekecil-kecil sumbangan ke Tabung Harapan ke sebesar-besar memberi cadangan atau pelan yang kritikal dalam pembinaan semula negara. The little things make the biggest differences. Anda semua inspirasi saya. . . I am nothing but a servant to my country. I have to put this dream of mine behind. Untuk saya, membina semula negara lebih penting. Suara anak muda mesti bergema di Parlimen. Saya akan pastikan anak muda diwakili sebaik mungkin. Semoga Allah memberkati perjuangan saya. . . Thank you all who have helped me along this arduous journey. . . May Allah guide me.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Foto: IG Syed Saddiq Teks oleh: Syafiqah Jalal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar