Viral
Demi RM3,200, Pempengaruh Muda Maut Sahut Cabaran Minum Arak
Seorang pempengaruh terkenal dari Thailand, Bank Leicester dilaporkan maut selepas melakukan cabaran meminum tiga botol alkohol dalam sebuah pesta yang diadakan pada 25 Disember lalu.
Pemilik nama sebenar Thanakarn Kanthee itu meninggal dunia pada usia 21 tahun, lapor Bangkok Post.
Menurut kronologi kes, Leicester yang terkenal sebagai pempengaruh yang akan menyahut cabaran melakukan aksi ekstrem itu tiba di sebuah pesta khas di Tha Mai di Chanthaburi sekitar pukul 11 malam waktu tempatan.
Dia dicabar untuk meminum alkohol atau arak jenama Regency dengan setiap 350 ml sebotol berharga RM1,080.
Pempengaruh tersebut didakwa menerima bayaran sebanyak RM3,250 untuk menghabiskan tiga botol alkohol tersebut.
Menerusi media sosial yang tersebar selepas kematiannya, dia dilihat menghabiskan dua botol alkohol dalam masa 20 minit.
Leicester kemudian muntah dan hilang pertimbangan selepas menghabiskan cabaran lalu dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan sebelum diumumkan mati pada pukul 3.40 pagi.
Menerusi bedah siasat yang dijalankan, pempengaruh itu maut selepas mengalami serangan jantung.
Ekoran kematiannya, polis menahan dua orang pempengaruh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Terdahulu Leicester pernah mengaku sanggup melakukan cabaran dan aksi ekstrem untuk menampung kehidupan yang susah.
Dia tinggal bersama nenek yang berusia 80 tahun dan telah menjagakan sejak kecil.
Must-Watch Video