Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

Mya Amri
19/11/2024
11:24 MYT
Sponsor Banner
“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Ibu meninggal dunia

Berita itu dimaklumkan Nora menerusi hantaran di aplikasi WhatsApp dan juga akaun Instagram miliknya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Assalamualaikum wbr dengan rasa amat sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Bonda tersayang, Datin Hajjah Wan Azizah binti Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” maklumnya.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Muhammadi Kota Bharu dan solat jenazah akan diadakan selepas Isyak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar