Laman Utama
“Detik Paling Membanggakan Dalam Hidup Saya” - Sonny Bill Williams Syukur Isteri Mula Pakai Tudung
Peninju Profesional, Sonny Bill Williams meluahkan rasa gembira dengan memaklumkan bahawa isterinya, Alana Raffie mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.
Sonny yang juga bekas pemain ragbi All Blacks, memuat naik foto dirinya bersama keluarga serta memperlihatkan wajah isterinya ketika lengkap bertudung di laman sosial Instagram.
Menurut Sonny, kebahagiaan seorang suami adalah apabila melihat isteri nekad untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
“Isteri saya seorang hijabi, Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya.
“Apa yang istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan orang lain. Semoga Yang Maha Tinggi sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, kepuasan dan kebahagiaan,” ujarnyan di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, rata-rata peminatnya turut gembira dan mendoakan agar kehidupan rumahtangganya akan lebih bahagia selepas ini.
“Alhamdulillah, seronok melihat usaha keluarga ini untuk terus jadi Muslim yang sempurna,” kata seorangwargamaya..
“Dia nampak sangat cantik dari sebelum ini. Moga Allah memberi kebahagiaan dalam keluarga ini,” ujar seorang wargamaya..
Sekadar info, Sonny sememangnya terkenal dalam arena sukan ragbi dan tinju kerana mempunyai pelbagai rekod peribadi dunia yang cemerlang.
Sonny juga telah memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekaligus menjadi Muslim pertama yang bermain untuk All Blacks.
Untuk rekod, Sonny berkahwin dengan Alana pada Ogos 2013 dan pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.