Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya

Asyikin Mayudin 18/05/2024 | 09:55 MYT
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.

Kisah Fiksyen Tentang Rompakan

Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.

The Experts menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini.

Barisan Pelakon Yang Hebat

The Experts menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka.

Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam.

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi.

Watak Yang Menarik

Antara yang bakal menjadi perhatian ialah watak Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31, Remy Ishak dengan imej yang berlainan; kecekapannya menari tango bersama Maya Karin.

Watak antagonis oleh Jay Iswazir, persembahan lakonan Ray yang mengejutkan serta kelicikan watak Mimi dalam keanggunan wajahnya melengkapkan lagi ‘mood’ berbeza-beza filem ini.

Dari aspek produksi pula, pengarah dan tenaga produksi telah memberikan hasil berbeza menerusi sinematografi, warna visual, dan muzik skor.

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang agresif buat Astro Shaw apatah lagi selepas kejayaan filem Sheriff yang mendapat sambutan luar biasa.

“Filem The Experts membawa perspektif baru dalam industri perfileman Malaysia melalui jalan cerita, lakonan serta kualiti produksi.

“Ia sarat dengan gabungan elemen aksi, komedi, kekeluargaan, dan memaparkan unsur lokal. Kami yakin itu adalah ‘formula’ untuk sebuah jalan cerita menarik serta relevan untuk semua golongan penonton.

“Kami berharap, The Experts bukan sahaja dapat diterima oleh penonton kita, tetapi mampu menjadi ‘identiti’ untuk filem aksi heist Malaysia,” katanya.

Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, lagu tema rasmi mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’ yang dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza.

Kerjasama Strategik

The Experts memperlihatkan kerjasama strategik pemasaran bersama jenama minuman Calpis Soda. Usaha sama ini telah menampilkan beberapa inisiatif, antaranya iklan eksklusif bertajuk ‘Fizz Operation’ yang melibatkan Datuk Aaron Aziz dan Ray Dapdap.

Selain itu, filem ini turut menerima sokongan daripada rakan jenama Petron Malaysia, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Amee Philips dan PopLook.

The Experts menyediakan pelbagai inisiatif pemasaran yang dirangka khusus untuk menambahkan lagi keterujaan penonton dan peminat. Antaranya, ‘Unlock The Safe’, ‘Heist The Truck’, dan siri jelajah filem.

Siri Jelajah The Experts

Ikuti siri jelajah The Experts pada 24, 25, 26 Mei di Lembah Klang; 31 Mei di Seremban; 1 Jun di Johor; 2 Jun di Melaka; 7 Jun di Kedah; 8 Jun di Penang; 9 Jun di Perak.

Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw ini dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures dan produksi oleh BlackFlag, di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan.

Penonton sudah boleh membeli tiket sekarang bermula 17 Mei untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 21 Mei mulai 6.00 petang, iaitu dua hari sebelum tarikh tayangan rasmi filem.

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

BERITA TRENDING: Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”

#Aaron Aziz #Remy Ishak #Astro Shaw #Maya Karin #Syafiq Kyle #Mimi Lana #The Experts #Ray Dapdap
;