Laman Utama

“Di Mana Sahaja Ada Orang Dengki, Saya Reda” - Fauzi Nawawi

Shahrin Zulkifle
19/03/2023
16:00 MYT
Sponsor Banner
“Di Mana Sahaja Ada Orang Dengki, Saya Reda” - Fauzi Nawawi

Bergelar seorang usahawan, pelakon Fauzi Nawawi mengakui sudah bersedia untuk berdepan dengan sikap dengki manusia.

Kata Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 50, dia menganggap hal tersebut sebagai salah satu ujian dalam menguruskan perniagaan.

Sifat dengki manusia

“Saya reda sekiranya ada orang yang dengki melihat saya membuka perniagaan. Sebab apa sahaja saya buat pasti akan ada manusia yang iri hati, saya pernah berdepan perkara itu dahulu, cumanya saya tidak mahu kongsikan.

“Saya anggap sebagai usahawan akan ada sahaja ujian. Sekiranya perniagaan tidak berjaya saya anggap itu belum ada rezeki, namun selagi ada peluang untuk berusaha, saya akan buat sehabis baik.

“Di mana sahaja akan ada orang dengki dan itu tidak akan habis, saya tak perlu fikir perasaan hasad dengki manusia. Apa yang perlu saya fikir macam mana untuk perbaiki diri saya. Segalanya terserah pada Allah,” katanya kepada Gempak.

Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cafe miliknya Kafe Boi Boi yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Labur RM700,000

Dalam pada itu, Fauzi akui bersyukur apabila impian dia dan rakan kongsinya, Jack untuk membuka kafe di Kuala Lumpur berjaya direalisasikan

Tambah Fauzi, kos untuk pengubahsuaian kafe tersebut yang asalnya sebuah banglo terbiar telah menelan belanja sekitar RM700,000.

“Saya bersyukur akhirnya dapat membuka kafe ini. Saya dan Jack datang survey rumah banglo yang terbiar di sini dan kami mengambil keputusan untuk jadikan tapak itu sebagai kafe.

“Kami mengeluarkan kos dan habis sekitar RM600,00 hingga RM700,000 untuk pastikan kafe ini siap sempurna,” tambahnya.

Menarik lagi, kafe tersebut turut menyediakan kemudahan surau dan Fauzi memberi jaminan seluruh tenaga kerja yang digunakan merupakan orang Muslim.

Mi Ramping resepi Lisdawati

Pada majlis tersebut, Fauzi turut memperkenalkan satu menu baharu iaitu Mi Ramping yang merupakan resepi air tangan isterinya iaitu aktres Lisdawati.

“Mi ini resepi daripada saya sendiri. Apa yang special tentang mee ini terletak pada sambal, itu rahsia pada keenakan Mi Ramping.

“Sebelum saya yakin untuk masukkan Mi Ramping dalam senarai menu di Boi Boi, saya terima feedback yang baik daripada suami, anak-anak dan rakan-rakan yang sudah mencuba mi itu.

“Mereka kata sedap dan minta saya komersial kan Mi Ramping kerana mi itu masih kurang di pasaran, jadi sempena Ramadan kali ini, sesiapa yang ingin menikmati Mi Ramping boleh datang ke kafe” kata Lisdawati.

Kafe Boi Boi telah dibuka sejak pertengahan Januari lalu. Selain Mee Ramping, menu istimewa yang dibawakan daripada Borneo iaitu Sabah dan Sarawak turut menjadi pilihan pelanggan yang datang.

Bersempena Ramadan juga, Kafe Boi Boi turut menyediakan promosi istimewa sepanjang bulan puasa dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar