Laman Utama

“Di saat Perginya Hamba Allah, Tidak Perlu Kita Yang Masih Hidup Ini Mengungkit…” – Fizo Omar

Fiza Kamarudin
13/07/2021
11:45 MYT
Sponsor Banner
“Di saat Perginya Hamba Allah, Tidak Perlu Kita Yang Masih Hidup Ini Mengungkit…” – Fizo Omar
Terkesan dengan pemergian mengejut pelakon Benjy Ibrahim pada Ahad lalu, Fizo Omar telah berkongsi hantaran di laman sosial berserta pesanan positif kepada pengikutnya.
Menerusi hantaran tersebut Fizo mengakui Allahyarham Benjy merupakan pelakon berbakat besar dan idolanya sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
Bagaimanapun, pesanan ditulis Fizo seperti menggambarkan kekesalan apabila muncul kata-kata kurang enak tentang Allahyarham.
Menurut Fizo, sesiapa pun tidak ada hak untuk menghukum apatah lagi mengungkit kisah silam orang yang telah tiada.
“Satu kehilangan besar buat industri hiburan kita. Seorang pelakon idola saya yang sangat berbakat besar! Allahu. Allah lebih menyayangi dia dan aturkan yang terbaik untuknya.
“Di saat perginya hamba Allah, tidak perlu kita yang masih hidup dan penuh dengan dosa ni mengungkit atau memperingati segala kesalahan yang pernah arwah lakukan.
“Yang sentiasa bermain di media sosial adalah kesalahan, kelemahan, keburukan tapi kebaikan yang dilakukan hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu.
“Kita semua adalah pendosa yang tak lari dari kesilapan tetapi nasib kita baik sebab Allah belum memberikan hukuman dunia untuk kita semua.
“So tidak perlulah kita nak judge sesiapa pun. The ultimate of life adalah di penghujungnya apabila kita bertaubat dan diampun oleh Allah SWT.
“Tanya diri sendiri, bila kita akan pergi? Sempat ke bertaubat? Allah terima ke?,” tulisnya.
Tinjauan Gempak di ruangan komen mendapati rata-rata pengikut bersetuju dengan apa yang ditulis Fizo.
Mereka turut mengucapkan takziah kepada keluarga Benjy dan mendoakan agar roh Allahyarham diletakkan bersama orang-orang beriman.
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 11 Julai akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4, Klambir Lima Kampung, Medan pada Selasa kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan atau jam 12 tengah hari waktu Malaysia.
Detik menyayat hati itu turut disaksikan keluarga Allahyarham dan anaknya, Firdaus Juan Benjamin, 16, melalui siaran langsung video aplikasi WhatsApp dari tanah perkuburan itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar