Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Di Sana Dia Akan Merangkak Cari Mak Wan…”- Mak Wan Luah Rasa Sedih Lepas Diaibkan

Shahrin Zulkifle 27/06/2022 | 05:35 MYT
Semalam heboh tentang seorang pelakon veteran popular Mak Wan berkenaan isu mendakwa dirinya membuat ritual pelik yang kononnya berunsurkan syirik.

Meskipun isu itu hangat menjadi perbualan wargamaya, namun Mak Wan atau nama aslinya Halimaton Saadiah Mohd Daud tenang menjawab isu berkenaan malah bersimpati terhadap individu terbabit.

“Mak Wan tidak akan buat apa-apa pun, biarkan sahaja dia.

“Kalau kita ikut orang yang tidak betul, otaknya mereng, nanti kita akan ikut mereng.

“Macam dulu juga berkenaan bekas suami, saya tidak mahu mengaibkan dia sama seperti budak ini, Mak Wan tak akan aibkan dia.

“Kesian tengok, dia seperti minta simpati dalam hidupnya, jadi biarkan sajalah dia. Ikutlah sebanyak mana dia nak buka aib saya.” Luah Mak Wan dengan nada sedih.

Terdahulu, seorang individu yang menggunakan nama Amell yang juga merupakan bekas pengurus peribadinya telah memuat naik klip pendek mendedahkan sisi lain Mak Wan yang panas baran di akaun Tiktok miliknya.

Ekoran itu, Mak Wan turut meluahkan rasa kecewanya dengan mengingatkan individu terbabit berkenaan balasan yang akan menimpanya di sana (Padang Mahsyar).

“Allah ada, cumanya dia perlu ingat nanti di sana akan merangkak cari Mak Wan di atas setiap tuduhan yang dia keluarkan.

“Setiap jari dan tangan dia yang menaip dan setiap mulut dia yang bercakap.

“Mak Wan percaya kepada kuasa Allah, Allah akan membalas segalanya.” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mak Wan turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakannya.

#Viral #Mak Wan Latah #Mak Wan
;