Berita
"Dia Adalah Jejaka Paling Rapat Dengan Saya Sekarang" - Ara Johari Tak Tolak Dijodohkan Dengan Kawan Baik
Penyanyi Ara Johari mengakui selesa untuk berkongsi masalah dan bercerita dengan kawan baiknya yang dikenali sebagai Idzwan Shah.
Menurut Ara, foto yang dimuat naik olehnya di Instagram bersama seorang lelaki dengan ‘emoticon’ bunga mawar adalah rakan lamanya.
"Dia adalah jejaka yang paling rapat dengan saya sekarang dan saya selesa untuk bercerita serta berkongsi masalah dengan dia.
"Hubungan kami hanyalah sebagai seorang kawan baik dan mungkin disebabkan emoticon bunga itu menyebabkan ramai yang salah faham.
"Apabila saya buat macam itu ramai pula yang memberi pelbagai reaksi terhadap gambar tersebut dan kadang-kadang komen mereka ini menghiburkan.
"Namun jika tertulis jodoh kami untuk bersama lebih daripada seorang kawan, saya sedia untuk menerima ketentuanNya," katanya kepada Astro Gempak.
Ara berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Rocketfuel Entertainment, di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada Isnin.