Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Dia Ambil Susu Dalam Peti Ais Campur Dengan Losen Badan..." - Shahida Akui Pernah Stres Hadap Perangai Pelik Qadejah Gara-Gara....

ZULHILMI JALIL 28/01/2020 | 09:39 MYT
Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, mengakui pernah tertekan ekoran perangai pelik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra yang mengalami masalah disleksia.
Shahida berkata, perangai anaknya itu benar-benar menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi apabila anaknya itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan biarpun dimarahi.
"Dulu saya stres dengan Qadejah sebab perangai dia berbeza dengan Ammar. Perangainya pelik-pelik. Ada sahaja benda dia buat hari-hari dari kecil.
"Dia ambil susu dalam peti ais dan dia campurkan dengan losen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu, nasib yang minum tu tak mati.
"Umur tiga tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan digunting rambutnya sendiri sampai pendek sebab nampak Baem potong rambut," kongsi Shahida menerusi satu entri di Instagram miliknya.

Qadejah ni umur 6 tahun cikgu sekolah detect dia ada DISLEKSIA...atas nasihat cikgu saya bawa dia pergi buat test dan mmg dia ada disleksia....dia lambat membaca dan selalu tulis terbalik,pakai kasut pun terbalik...Alhamdulillah byk usaha saya antaranya hantar belajar di Pusat Disleksia,ambik Guru Khas ajar di rumah dan bawa pergi latihan ‘Brain Gym’.Alhamdulillah sekarang dia sangat pandai membaca lancar dan petah berkata2....suka melukis dan cergas dan sigap orang kata!! . Dulu saya stress dgn qadejah sebab perangai dia berbeza dgn ammar... perangai nya pelik2......ada ada je benda dia buat hari2 dari kecik lagi!!Antara benda yg saya ingat :- . 1.Umur 3 tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan di gunting rambut dia sendiri sampai pendek sebab dia nampak baem potong rambut!! 2.Dia ambik susu dalam peti ais dan dia campurkam dengan losyen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu...nasib yg minum tu x mati?? 3.Dia ambik plastik dia buat lobang kecik2 dan masukkan asamboi merah pastu dia letak air dan dia titikkan satu rumah 4.Yang terbaru dia masak telur senyap2 pastu tak tutup api sampai pecah tingkap kaca kat atas tu dek terlalu panas nasib baik ada staff nampak!! . ini budak x ada perasaan kena marah kena cubit ke dia tak nangis pun....muka dia slumber je!! Tapi bab rajin No 1 x ada orang boleh lawan dia!!! Paling baik layan orang!!ramah dan disenangi....

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Shahida berkongsi hal tersebut sebagai mengimbau kenangan pengalamannya membesarkan anak istimewa itu yang mengalami masalah disleksia.
Biarpun perlu berdepan dengan perangai aneh Qadejah, kata Shahida, dia menyifatkan anaknya itu seorang yang cukup rajin jika disuruh melakukan sesuatu kerja.
"Budak ini tak ada perasaan kena marah, kena cubit ke, dia tak nangis pun, muka dia selamba sahaja! Tapi bab rajin nombor satu, tak ada orang boleh lawan dia! Paling baik layan orang, ramah dan disenangi," katanya.
Sebelum ini Shahida pernah memaklumkan bahawa anak keduanya itu disahkan mengalami disleksia ketika usianya enam tahun.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya.
#Shahida #Usahawan
;