Berita

"Dia Boleh Baca & Bercakap, Tapi Doktor Beritahu ....." - Uji Rashid Kongsi Perkembangan Terkini Cico

Rozaimi Zubaidi
14/02/2019
16:28 MYT
Sponsor Banner
"Dia Boleh Baca & Bercakap, Tapi Doktor Beritahu ....." - Uji Rashid Kongsi Perkembangan Terkini Cico
Penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid mengakui bersyukur apabila anaknya, Cico mula menunjukkan perkembangan positif selepas dikatakan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu.
Menurut Uji sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.
Namun, keadaannya kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan-rakan artis dan pihak media.
“Alhamdulillah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatakan. Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.
Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaninya ke mana-mana sebagai satu proses terapi untuk mengembalikan ingatannya.
“Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.
“Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara-acara membabitkan saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.
Malah, Cico juga kerap membawa bersama anaknya Rindu Nur Fitrah, 10.
Uji berkata, Cico juga pernah ditawarkan berlakon tetapi sebagai ibu dia menolak kerana Cico belum bersedia.
“Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia masih menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.
“Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepatkan proses pemulihannya dengan bantuan doktor,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar