Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen

Umirah Halim 09/05/2024 | 08:55 MYT

Wajah pelakon sensasi, Fathia Latiff menjadi buah mulut netizen baru-baru ini apabila dianggap kelihatan sedikit matang berbanding usianya.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh salah seorang pengguna X, dapat dilihat foto Fathia bersama pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan di sebuah majlis rumah terbuka dan swafoto Fathia yang menggayakan baju berwarna merah.

Menerusi ruangan kapsyen, individu tersebut berpendapat bahawa wajah dan gaya Fathia dikatakan agak kelihatan tua daripda usianya.

“Fathia Latiff ni style & muka dah macam orang tua. What happen to her?,” tulis individu tersebut.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen terdapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang turut bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat yang telah dibuat individu tersebut.

“Umur pon nak 40 dah kan, penuaan. Lagi nampak tua bila salah pilih tempat edit muka.

“Dia buat pembedahan plastik ke weh?

“Rugi dia buat muka kalau betul dia ada ubah-ubah. Sebab muka dia yang real dulu sangat sangat cantik & perfect dah Allah ciptakan.

“Sebenarnya the only reason why dia nampak tua is probably because of the botched make up,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi respons yang dibuat oleh aktres tersebut mengenai pendapat netizen mengenai gaya dan wajahnya.

Berita Trending: Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk…

Berita Trending: Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella…
#Fathia #Netizen #pembedahan #Plastik #Wajah #Tua #Latiff
;