Hiburan

“Dia Buat Rumah Terbuka Raya Ke?” - Makan Bihun Goreng, Karipap Dan Popiah, Cardi B Suka Hidangan Malaysia?

Azwa Rahman
22/06/2020
02:59 MYT
Sponsor Banner
“Dia Buat Rumah Terbuka Raya Ke?” - Makan Bihun Goreng, Karipap Dan Popiah, Cardi B Suka Hidangan Malaysia?
Penyanyi rap terkenal Cardi B mencuri perhatian wargamaya apabila dilihat menikmati makanan yang sering menjadi juadah kegemaran rakyat Malaysia.
Menerusi laman sosial Instagram (IG) Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar, 27, dilihat berkongsi menu bihun goreng, sup daging, karipap, popiah dan nasi di IG story miliknya.
Malah untuk sarapan paginya semalam, Cardi B dilihat memuat naik foto nasi goreng bersama ayam masak kicap.
Namun difahamkan hidangan karipap, popiah dan bihun turut menjadi makanan biasa di negara Trinidad dan Republik Dominican iaitu negara kelahiran ibu bapa Cardi B.
Di laman sosial Twitter, menu harian Cardi B ini menjadi tular dan rata-rata wargamaya teruja melihat hidangan makanan yang dinikmati penyanyi itu.
“Cardi B makan bihun PIBG, karipap and popiah goreng? Cardi B tengah meeting dengan kementerian mana ni?” tanya seorang wargamaya.
“Cardi B buat rumah terbuka raya ke?” usik seorang wargamaya.
“Tekak melayu betul ye Cardi B ni,” kata seorang wargamaya.
“Last syawal. Tentulah dia masak beria,” komen seorang wargamaya.
“Aku syak dia amik tukang masak orang Asia Tenggara,” tulis seorang wargamaya.
“Kau tunggu la nanti Cardi B makan durian,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Cardi B sehingga kini telah mengumpul seramai 69 juta pengikut di Instagram.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar