Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dia Bukan OKU” - Rakan Pelajar Jalan Kaki Balik Mengundi Tampil Betulkan Keadaan

Izwan Isa 18/11/2022 | 05:50 MYT

Semalam, seorang pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas meraih sorotan netizen apabila kisahnya pulang ke kampung halaman di Kelantan dengan berjalan kaki bagi menunaikan tanggungjawab mengundi viral di media sosial.

Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, yang merupakan pelajar bidang Sijil Animasi 2D itu sebelum ini nekad untuk berjalan kaki untuk pulang ke Kelantan berikutan semua tiket bas untuk pulang ke Pantai Timur habis.
Bagaimanapun, Haikal selamat sampai ke rumah selepas menerima bantuan daripada pihak pengurusan kolej tempat dia menyambung pelajaran.
Begitupun, terdapat beberapa laporan media yang menyatakan Haikal merupakan seorang pelajar kurang upaya atau OKU.
Tampil memberi penjelasan sebenar, rakan sekelasnya tampil mendedahkan yang Haikal bukanlah OKU seperti yang disangka oleh ramai orang.
“Correction! Saya rakan sekelas dia. Dia seorang yang pendiam dan bukannya OKU. Mohon penulis atau wartawan betulkan. Dia cuma budak yang pendiam bukan OKU ya. Sorry tadi saya sendiri salah faham, don't worry dia dah selamat sampai rumah,” ujar rakannya menerusi satu ciapan di Twitter.
Menerusi laporan yang diterbitkan oleh Astro Awani semalam, Haikal berkata, dia terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas.
Kata anak sulung daripada lima adik beradik itu, bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban keluarganya selepas dia kehilangan ayah sejak berusia 11 tahun lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#PRU15 #Balik Kampung Jalan Kaki
;